PROGRAM BANTUAN PASCA BANJIR KE KAMPUNG TELOK RAMBONG, BALING.

BALING, 30 Oct. 2024 – Pagi ini DPMM Kedah telah berkunjung ke Kampung Telok Rambung, Batu 8, Baling bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Dilaporkan beberapa kali banjir telah melanda kampung Telok Rambong Batu 8 ini sejak 30 September yang lepas, sehinggakan ada beberapa jambatan runtuh, dan aliran sungai turut berubah. Beberapa kali gelombang banjir ini juga telah menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kesosakan teruk termasuklah pondok pengajian Misbahul Munir yang terletak berhampiran.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan telah disampaikan oleh YDP Datuk Mohd Zayad kepada 46 penduduk yang terkesan. Turut serta dalam misi sumbangan ini adalah TYDP dan AJK Dewan.

Terima kasih kepada mudir Pondok Misbahul Munir kerana memberi keizinan untuk menggunakan surau pusat pengajian tersebut bagi majlis penyampaian sumbangan. Terima kasih juga kepada En. Musa atau lebih dikenali sebagai Pak Su atas laporan, maklumat serta menjemput kami meninjau kesan-kesan banjir di kampong tersebut.

Kepada individu yang turut menyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan untuk di sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir, ucapan penghargaan daripada DPMM Kedah. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan.

DPMM Kedah berharap agar program-program berbentuk CSR ini akan dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita.

#CSRDPMMKEDAH

#banjirkedah2024

#YAYASANDPMMKEDAH

#DPMMKedah

+13

See insights and ads

Boost post

All reactions:

1616

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *