7/4/2024|Alor Setar
Majlis Sumbangan Ramadhan DPMM Kedah Tahun 2024 yang diadakan di Pejabat DPMM Kedah.
DPMM Kedah merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu jemputan daripada 15 institusi terpilih untuk Sumbangan Ramadhan tahun 2024. Kebanyakan institusi adalah daripada pusat/rumah anak yatim, pusat tahfiz, pondok pengajian dan rumah jagaan orang tua asnaf.
Program Sumbangan Ramadhan merupakan aktiviti tahunan DPMM Kedah pada setiap kali Ramadhan, dan Sumbangan ini adalah daripada agihan semula kutipan zakat tahunan DPMM Kedah.
Sejak Tahun 2017 DPMM Kedah melalui Yayasan DPMM Kedah dilantik Sebagai Ejen Kutipan Zakat Daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK). DPMM Kedah turut diberi tauliah oleh LZNK untuk kutipan zakat Fitrah secara Online. Alhamdullilah, pada tahun lepas, Yayasan DPMM Kedah telah dianugerahkan oleh LZNK sebagi antara ejen kutipan zakat (ketegori pertubuhan) antara yang tertinggi di negeri Kedah.
Sumbangan di sampaikan oleh YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad B Md Ismail.Turut bersama memeriahkan majlis adalah Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua dan Setiausaha Kehormat.
DPMM Kedah, berharap semoga sumbangan kecil ini memberi makna buat institusi2 tersebut selain dapat membantu sedikit sebanyak keperluan. Terima kasih kepada pembayar zakat yang bayar melalui Yayasan DPMM Kedah, kami telah lunaskan amanah yang diberi.