24 Jun 2025
24 Jun 2025, Purest Hotel, Sungai Petani- DPMM Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan menyertai Program Penandaarasan SPP-PMKS Wilayah Utara di Purest Hotel, Sungai Petani. Satu platform berimpak tinggi yang membuka ruang kolaborasi, perkongsian strategi global dan penanda aras industri untuk memperkukuh daya saing PMKS tempatan.
Bertemakan “Dari Utara ke Persada Dunia”, sesi bersama tokoh industri seperti En. Azhar Hussin (Deloitte SEA), En. Mohd Ferdaus (MGI) & En. CK Wan (Respack) menyuntik inspirasi dan hala tuju baharu buat pemain industri wilayah utara.
Semoga jalinan antara DPMM Kedah dan MATRADE Wilayah Utara terus utuh demi memacu usahawan tempatan ke pasaran antarabangsa. Bersama kita lonjakkan legasi ekonomi Bumiputera!


