26.3.2024|Raia Hotel, Alor Setar
Satu sesi ‘networking’ dan majlis berbuka puasa bersama pemain industri berkaitan pelaburan telah diadakan di Raia Hotel, Alor Setar anjuran Invest Selangor dengan kerjasama Invest Kedah.
Sesi ini selain untuk membina hubungan kerjasama, ia juga bagi mempromosikan program tahunan kerajaan negeri Selangor iaitu Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 kali ke-8 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain itu, pertemuan ini juga bagi melihat potensi kolaborasi serta peluang-peluang pelaburan yang dapat dimanfaatkan bersama antara permain industri antara kedua-dua negeri Kedah-Selangor.
Program sesi ‘Networking’ ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah.
Terima kasih kepada Invest Selangor Berhad Dan Invest Kedah Berhad kerana sudi menjemput DPMM Kedah ke acara tersebut.