1.3.2024|Alor Setar
Pagi ini telah berlangsungnya sesi soal jawab bersama pihak Jabatan Kastam negeri Kedah. Antara topik perbincangan adalah berkaitan dengan perubahan kadar dan perluasan skop cukai perkhidmatan.
Ucapan penghargaan kepada pihak Jabatan Kastam negeri Kedah, khususnya daripada Bahagian Cukai Dalam Negeri atas maklumbalas yang sangat pantas menerima jemputan daripada DPMM Kedah.
Seperti yang dijangka topik berkaitan percukaian ini begitu menarik minat terutama kepada peniaga-peniaga. Sesi yang sepatutnya berlangsung selama 1 jam setengah telah berlarutan panjang. Walaubagimanapun masih terdapat peserta yang hadir yang masih tidak jelas terutama berkaitan dengan syarat2 pendaftaran SST, syarat kelayakan, aspek perundangan dan aras kelayakan cukai SST.
DPMM berharap semoga akan terdapat lagi sesi bersama pihak Jabatan Kastam bagi memberi penerangan berkaitan perlaksanaan cukai SST ini kepada ahli-ahli DPMM Kedah.
Penghargaan kepada kepimpinan tertinggi DPMM Kedah kerana sudi hadir memeriahkan majlis. Penghargaan juga kepada Dewan Perniagaan & Perindustrian India Kedah kerana turut menghantar penyertaan, Seterusnya kepada semua peserta yang turut serta dalam majlis pagi ini.