11/5/2023
DPMM Kedah berbesar hati memaklumkan bahawa DPMM Kedah akan menyertai Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 pada 22 hingga 28 Mei 2023 nanti.
Melalui NTW ini, pelbagai Program latihan akan ditawarkan secara percuma oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dengan merangkumi pelbagai topik dan bidang kemahiran.
Sebagai tanda sokongan, petang ini pejabat DPMM Kedah bersetuju untuk menjalankan satu video shooting pendek bagi mempromosikan program NTW ini.
Terima kasih pihak media HRDCorp kerana sudi berkunjung ke pejabat DPMM Kedah bagi menjalankan sesi promosi ini.
Terima kasih juga kepada Naib Yang DiPertua, En. Mohd Khairul B. Rohami@Suhaimi kerana sudi menjadi jurucakap DPMM Kedah bagi mempromosi Minggu Latihan Kebangsaan.
Jom orang Kedah kita terokai potensi diri semasa Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023! . Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran anda.
Daftar hari ini dan buka laluan anda untuk berjaya di sini. https://nationaltrainingweek.gov.my!


See Insights and Ads
All reactions:
2020