Majlis Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Negeri Kedah kali ke-49 yang berlangsung di The Jerai Hotel pada 29 April 2023. Alhamdullilah majlis telah berjalan dengan jayanya.
Ucapan Terima Kasih Kepada Tetamu-Tetamu Jemputan, Ybhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah , Tuan Norsyahrin Bin Hamidon, Pemangku Presiden DPMM, wakil Dewan Pusat Dato’ Hajah Nor Haliza Bt Hussain, Barisan Majlis Eksekutif Dewan, wakil-wakil daripada Dewan Perniagaan India, Cina dan Siam, dan para pemerhati.
Penghargaan teristimewa kepada para perwakilan ahli-ahli DPMM Kedah – Terima kasih kerana hadir demi melunaskan tanggungjawab sebagai ahli dan perwakilan dalam mesyuarat agong kali ke 49 ini.
Kami Dari Pengurusan DPMM Kedah Penggal 2020/2023 dan Penggal Baru 2023/2026 sangat-sangat menghargai atas pergorbanan masa dan tenaga semua pewakilan yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut.
Terima Kasih Sekali Lagi.