Alor Setar, 24 Mac 2025 – DPMM Kedah dengan penuh rasa penghargaan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi menghulurkan sumbangan berbentuk barang keperluan dan kuih raya kepada kumpulan asnaf usahawan Anak Kedah.
Majlis Sumbangan Aidilfitri DPMM Kedah: Santuni Asnaf Usahawan Anak Kedah yang berlangsung pagi ini di pejabat DPMM Kedah diserikan dengan kehadiran para peyumbang dalam suasana penuh keprihatinan. Kesudian syarikat ahli DPMM Kedah – AA Teguh Sdn Bhd, Nani’s Frozen Food, dan SBO Consultancy dalam menyumbang dan berkongsi rezeki bukan sahaja memeriahkan majlis, malah mencerminkan nilai kebersamaan dalam komuniti perniagaan.
DPMM Kedah berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sekadar untuk membantu lebih ramai usahawan asnaf, tetapi juga bagi mengukuhkan jaringan solidariti dalam ekosistem perniagaan negeri. Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan dan keceriaan kepada para penerima dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.




