Tahniah & Syabas!
DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syarikat Anggun Agro Sdn. Bhd., ahli DPMM Kedah, atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Anugerah Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan 2026 bagi Kategori Produk menerusi inovasi Telur Masin Retort.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa inovasi serta usaha berterusan mampu membawa produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh ahli DPMM Kedah untuk terus berinovasi, berkembang dan berjaya.
Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya



