21 Nov 2024, ALOR SETAR- Pagi ini telah berlangsungnya program kursus Pendek Tik Tok Live untuk Perniagaan yang diadakan di Bilik Seminar DPMM Kedah. Sasaran kursus pendek ini adalah agar para peserta akan lebih yakin untuk menjalankan aktiviti live di Tik Tok.
Fokus utama untuk mengajar usahawan cara dan kaedah untuk LIVE di Tik Tok serta memanfaatkan Tik Tok untuk menjenamakan diri serta syarikat dan membuat content yang sesuai dengan perniagaan yang dijalankan.
Terima kasih kepada pihak RAXBIT Smart Solutions atas tawaran mengaadakan kursus pendek ini. Terima kasih juga kepada coach Nor Azizuddin Jamaludin dari AJ Training & Consultancy atas ilmu yang diberikan.
Walaupun mendapat permohonan penyertaan yang agak banyak, namun untuk program kali ini hanya menghadkan kepada 30 orang peserta sahaja. Ini supaya coach dapat memberi tumpuan khusus kepada setiap peserta.
Terima kasih juga kepada YDP Datuk Zayad dan Mantan YDP Hj Zulhaizar kerana sudi hadir memberi sokongan kepada program pagi ini.




See insights and ads
All reactions:
1919