Lawatan Industri & Lawatan Sambil Belajar ke PSU Agro Food Co., Ltd., Hat Yai, Thailand.

29 Julai 2026

Delegasi DPMM Kedah seramai 43 orang yang diketuai oleh Yang Dipertua DPMM Kedah, Tuan Haji Zuhaizar Abdul Karim, telah mengadakan lawatan industri dan lawatan sambil belajar ke PSU Agro Food Co., Ltd., yang beroperasi di Faculty of Agro-Industry, Prince of Songkla University (PSU), Hat Yai.

Delegasi telah disambut mesra oleh Factory Manager, Ms. Korawan Rodkhem, yang berkongsi mengenai inovasi pemprosesan makanan berteknologi tinggi. Antara keistimewaan produk keluaran syarikat ialah makanan sedia dimakan yang menawarkan rasa berkualiti, selamat dimakan, mempunyai jangka hayat yang panjang tanpa memerlukan penyimpanan sejuk, sekali gus sesuai untuk rangkaian peruncitan dan program bantuan makanan.

Turut dikongsikan ialah perkhidmatan yang ditawarkan seperti pengilangan OEM, pembangunan formulasi dan reka bentuk pembungkusan mengikut keperluan pelanggan, penghantaran ke seluruh Thailand serta pensijilan Thai FDA dan Halal.

Lawatan ini memberi pendedahan berguna kepada usahawan DPMM Kedah mengenai inovasi industri makanan, pembangunan produk serta potensi kerjasama perniagaan rentas sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *