Lawatan ke Projek ternakan Ikan Ketutu di Kg Kuala Rimau Pendang

12/8/2024|Pendang

Datuk YDP bersama AJK telah turun ke lapangan bagi melihat sendiri usaha ahli DPMM Kedah, saudara Abdul Aziz Ashari dalam projek ternakan Ikan Ketutu beliau. Usaha yang dimulakan di Kg Kuala Rimau Pendang secara komesial kini telah mendatangkan hasil yang lumayan.

Ikan Ketutu@ikan ubi@ikan hantu@haruan bodoh atau nama sainstifiknya Marbled Goby mempunyai nilai tinggi di pasaran sehingga boleh mencecah RM100-RM150 satu kilogram. Seekor ikan Ketutu boleh mencapai berat antara 850 gram hingga 1kg.

Sebagai ahli DPMM Kedah beliau tidak lokek ilmu dalam berkongsi tip dan teknik menternak ikan ketutu. Beliau juga menyatakan bahawa ingin membuka peluang kepada yang ingin menjalin kerjasama dan juga yang berminat untuk membeli ataupun menjalankan projek ternakan ikan ketutu boleh menghubungi syarikat beliau Mega Global Trading di Gurun Kedah.

Sesungguhnya usaha beliau ini memberi kebanggaan kepada DPMMK. Semoga ilmu dan usaha beliau menjadi rujukan dan panduan kepada usahawan2 yang berminat mencebur dalam perternakan ikan Ketutu ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *