8/4/2024|Alor Setar
Seperti tahun2 yang lepas, DPMM Kedah menganjurkan program gotong royong menyediakan bubur asyura untuk diedarkan kepada orang ramai di Kawasan sekitar. Pagi ini seawal jam 8 pagi ahli2 DPMM Kedah dan kakitangan telah memulakan persiapan, dan Alhamdullilah tepat jam 12 tengahari 400 pek bubur telah berjaya diedarkan kepada orang ramai terutama di Jalan Tunku Ibrahim dan Kawasan sekitar.
Istimewanya program tahun ini turut diselitkan dengan acara peyampaian sumbangan berbentuk wang tunai dan bubur asyura kepada 10 buah rumah jagaan anak yatim dan kanak-kanak asnaf yang dipilih di sekitar Kedah. Terima kasih kepada wakil2 daripada pusat jagaan anak yatim dan anak2 asnaf kerana sudi menerima jemputan kami memeriahkan program pada pagi ini.
Semoga majlis pagi ini dapat menambah barakah dan silaturrahim sesama kita. DPMM Kedah berharap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan dalam menjaga amanah Allah ini. Sesungguhnya, sedekah jariah akan dapat membuka peluang untuk kita berkongsi rezeki.
Terima kasih juga kepada pengurusan, AJK, Dewanmuda, Dewannita, ahli-ahli dan kakitangan DPMM Kedah yang hadir melancarkan majlis pada pagi ini. Moga kita berjumpa lagi dalam program serupa tahun hadapan.