DPMM Kedah - Dewan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah - DPMMK - Usahawan Melayu Kedah - Dewan Perniagaan

WEBINAR PERDAGANGAN INDONESIA(ACEH)-MALAYSIA (KEDAH) DI PARK AVENUE HOTEL SUNGAI PETANI, KEDAH.

19.Julai .2022| Sungai Petani

DPMM Kedah yang di ketuai oleh YDP, Datuk Zayad Md Ismail menghadiri Webinar Promosi Perdagangan Aceh – Kedah yang diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah. Program ini merupakan anjuran pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia (Penang).

Selain daripada delegasi daripada DPMM Kedah, program yang di jalankan secara hybrid ini turut di hadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada Konsul Jeneral Republik Indonesia, Kepala Dinas Perindustrian & Perdagangan Province Aceh, Presiden Perdasama Malaysia, dan Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian India.

Diharapkan program ini dapat menjadi satu strategi promosi dan meningkatkan perdagangan produk khususnya produk usahawan Kedah dan Aceh, seterusnya diharapkan dapat meningkatkan hubungan perdagangan dan kesan berganda kepada ekonomi kedua—dua pihak.

#DPMMKedah

#IndonesiaMalaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *