Sesi kunjungan hormat ke Pejabat Mara Negeri Kedah

12/8/2024|Pejabat MARA Negeri Kedah, Alor Setar

Datuk YDP bersama AJK DPMM Kedah telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke pejabat Mara Negeri Kedah dan disambut oleh Pengarah Mara Negeri Kedah Puan Lailatul Asmah bt Mohd Tahir bersama pegawai-pegawai beliau.

Pertemuan dimulakan dengan sesi suai kenal dan penerangan berkenaan dengan hala tuju dan program2 dan kursus terkini anjuran MARA.

Perbincangan kemudian diisi dengan isu-isu berkaitan keusahawanan khususnya keusahawanan orang Melayu. Isu berkaitan dengan kekurangan penyertaan syarikat bumiputera Melayu terutama dalam sektor penting negara turut di kupas oleh YDP dan Pengarah MARA. Idea2 telah dilontarkan oleh kedua-dua pihak bagi mencari titik pertemuan tentang dasar-dasar keusahawanan dan kesesuaianya dengan keperluan semasa dan lokal.

DPMM Kedah mengharapkan kerjasama baik yang dijalinkan ini dapat ditingkatkan lagi bagi meningkatkan lagi kebolehsaingan dan taraf ekonomi usahawan Melayu kedah.

Pertemuan ini juga sebagai usaha DPMM Kedah untuk memanjangkan jaringan dengan agensi kerajaan dan melihat peluang untuk mengadakan kerjasama pada masa hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *